Panas !! Neelofa akhirnya buka hati

loading...
Neelofa akhirnya buka hati

Woww !! dia sebenarnya pernah beberapa kali menolak untuk berkongsi kehidupannya dengan peminat. Namun kelonggaran pihak produksi yang membenarkan dia menentukan beberapa hal penerbitan membuatkan hatinya terbuka.





Mengenali si cantik manis, Neelofa, dia sememangnya seorang yang cukup berahsia. Bukan mahu terlalu menyorokkan kisah peribadinya daripada menjadi tatapan khalayak umum cuma dia ada alasan sendiri.
Dia selesa untuk berkongsi kisah kerjaya seni dan perniagaannya. Jika kisah peribadi? Maaf, dia kurang selesa. Malah dia juga tidak mahu terlalu mendedahkan kehidupan hariannya dalam media sosial.
“Saya pilih peribadi biar kekal peribadi. Tiada yang disorokkan pun, cuma bagi saya kalau boleh saya tidak mahu terlalu mendedahkan kehidupan harian saya khususnya dalam media sosial.
“Kalau hendak cakap takut dikecam, bagi saya haters (pembenci) itu ada di mana-mana. Ada sahaja yang mereka akan kecam dan bangkitkan isu negatif. Bagi saya, itu semua satu cabaran sebagai anak seni.
“Yang penting bagaimana saya hadapi perkara tersebut. Saya perlu profesional dan belajar untuk uruskan tekanan. Kita tidak boleh puaskan semua orang kan? Saya okay sahaja,” katanya memulakan bicara.
Bakal tampil dalam program realiti atas talian, #FollowLofa terbitan Hurr.TV, anak kelahiran Kelantan ini mengakui hatinya terbuka untuk berkongsi sedikit kisah hidupnya kepada peminat.
Menariknya jelas Neelofa, dia sebenarnya pernah beberapa kali menolak untuk berkongsi kehidupannya dengan peminat. Namun kelonggaran pihak produksi yang membenarkan dia menentukan beberapa hal penerbitan membuatkan hatinya terbuka.
“Sebenarnya saya takut ada maklumat atau ada kisah peribadi yang tidak sepatutnya dikongsi menjadi tatapan peminat. Namun pihak produksi cukup bertolak ansur, jadi saya terima tawaran itu.
“Yang saya boleh cakap, 98 peratus daripada sorotan kehidupan saya yang bakal ditayangkan adalah benar. Saya pun tidak meletakkan syarat atau batas. Cuma mungkin ada perkara yang perlu dipertimbangkan dan dihormati.
“Setiap episod ada keistimewaannya. Peminat dapat melihat saya memasak di rumah dan sebalik tabir program MeleTop. Malah saya juga berkongsi tentang Suri Hati Mr. Pilot dan banyak lagi,” katanya. - Gambar MOHD. RIDUAN RIZAL AHMAD
Bangga dan terharu
Kejayaan terpilih sebagai antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 merupakan pengiktirafan yang cukup membanggakan biarpun usianya dalam dunia perniagaan masih hijau.
Mengakui terkejut dan tidak menyangka tersenarai, pelakon filem Pilot Cafe ini merasakan dirinya sebenarnya ‘terlalu kerdil’ untuk menerima penghargaan yang cukup besar ini.
“Syukur kepada Allah, kejayaan itu sememangnya sesuatu yang sangat mengharukan. Tiga tahun saya dalam perniagaan, banyak pengiktirafan yang diterima. Kali ini, sesuatu yang di luar jangkaan sama sekali.
“Saya selalu pesan dengan diri sendiri untuk memulakan sesuatu secara kecil dahulu dan sentiasa berusaha keras untuk mencapai impian. Saya tak nafikan status sebagai anak seni adalah satu bonus tapi yang penting adalah usaha serta komitmen,” katanya.
Terpilih antara 10 individu utama yang bakal ditampilkan dalam versi majalah, Neelofa sememangnya mengharapkan agar lebih banyak peluang dapat diterokanya demi memajukan Naelofar Hijab.
“Saya sekarang hendak fokuskan pasaran dalam negara dahulu sebelum kita meneroka pasaran antarabangsa. Banyak cabaran yang ditempuhi semasa mula-mula berniaga, itu adalah satu pengalaman serta ilmu yang berharga.
“Kita kena konsisten dalam memberikan yang terbaik kepada pelanggan. Apa pun masalah, kita kena cari jalan untuk melangkauinya. Sentiasa melihat ke hadapan untuk terus berjaya,” katanya.
loading...

0 Response to "Panas !! Neelofa akhirnya buka hati"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
fx khairol: #headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close